Kisah Kejayaan
Puan Maziah Binti Abdullah (Perniagaan Kedai Makan)
Puan Maziah Binti Abdullah, 43 sudah bertahun tahun menjalankan perniagaan makanan. Bermula dari memproses makanan, beliau beralih arah kepada penyedian makanan seperti makanan barat dan lauk pauk. Sebelum ini beliau mempunyai bengkel di Subang. Setelah mengecapi kejayaan dengan memasarkan produk beliau melalui media social, beliau kini mampu untuk membuka sebuah restoran makanan di Bukit Angsana, Pantai Dalam. Restoran beliau baru beroperasi selama satu bulan.
Sebelum ini, Puan Maziah hanya menjalankan perniagaan melalui mulut ke mulut. Setelah beberapa kali mengikuti kelas usahawan persendirian di PI, beliau sudah mula memasarkan produknya melalui medium social seperti whatapps dan facebook.
Puan Maziah mempelajari membuat email. Dan melalui email tersebut beliau membuka akaun facebook. Dengan facebook, beliau mempromosikan perniagaannya dengan membuat pages di facebook. Beliau juga mendaftar akaun gmail di telefon bimbitnya untuk menginstall applikasi whatapps di telefon bagi memudahkannya berurusan dengan pelanggan.