Komuniti
Ahli Kelab Rukun Tetangga PPR Kg. Muhibbah
Sejarah Penubuhan KRT
Berikutan kejadian pergaduhan antara kaum yang kerap berlaku Puan NorAzlina Md Yusof yang merupakan salah seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara telah mencetuskan idea agar diwujudkan Rukun Tetangga disini bagi tujuan menyatupadukan penduduk dan meredakan ketegangan antara kaum yang berlaku itu.Puan NorAzlina telah memberi serba sedikit penerangan berkaitan kepentingan diwujudkan Rukun Tetangga kepada beberapa orang penduduk setempat.Selepas permohonan diajukan kepada Jabatan Perpaduan Negara maka pada 02 Julai 2006 telah diadakan Taklimat Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di Padang Futsal PPR Kg Muhibbah dengan kehadiran 130 orang penduduk.
Sesi taklimat diberikan oleh Puan Hasnah Abd Jamil Pegawai Perpaduan Daerah Cheras.Turut hadir adalah En Abd Ghafar Abdullah Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kg Muhibbah.Semasa sessi pelantikan Jawatankuasa Rukun Tetangga En Salim Kashbullah telah dilantik sebagai pengerusi.Selepas sessi taklimat Jawatankuasa yang dilantik adalah sebagai penaja.
Pada 13 Oktober 2006 Kawasan Rukun Tetangga PPR Kg muhibbah telah diwartakan mengikut Akta Darurat(kuasa-kuasa Perlu)1979,Peraturan-peraturan perlu (Rukun Tetangga)1975 dibawah peraturan 5A yang telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Rukun Tetangga Dato' Azman @ Azman Amin Bin Hassan.
Pada 21 Januari 2007 telah diadakan Pelancaran Program Gerak Padu /Perasmian Kawasan Rukun Tetangg dirasmikan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri En Joseph Entulu Belaun.Didalam majlis tersebut telah diadakan bacaan ikrar Rukun Tetangga yang diketuai oleh En Ramli Yasir selaku Ketua SRS.Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti Pertandingan mewarna,pertandingan gubahan/lipatan,pertandingan karaoke,pameran agensi kerajaan dan sukaneka.Hampir 3000 orang penduduk telah menghadiri program tersebut.
Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah diluluskan pada 24 Januari 2007.Mengikut Notis Kelulusan yang diterima,Pusat Rondaan boleh dilakukan samada di Pusat RT/Balai raya/Dewan orang ramai/atau Rumah persendirian.
Rondaan yang dilakukan oleh anggota SRS seramai 48 orang secara bergilir-gilir telah dapat membendung kejadian jenayah dan pergaduhan antara kaum yang berlaku di PPR Kg Muhibbah.Ketika rondaan dijalankan kes kecurian motosikal telah berkurangan sehingga 90 % mengikut data maklumat yang diperolehi dari pihak polis.
Seseorang pemastautin yang telah berumur 18 ke atas boleh memohon untuk menjadi anggota SRS dengan mengisi borang permohonan kepada Jabatan Perpaduan Negara melalui Ketua Jiran/pengerusi KRT iaitu En Salim Kashbullah.
Dibawah Peraturan 27A-Q Peraturan-peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975 Seseorang pemastautin yang telah didaftarkan sebagai anggota SRS adalah mempunyai kuasa seorang Pegawai Polis berpangkat Konstabel di dalam kawasan ia diberi kuasa semasa menjalankan tugas rondaan(Peraturan 27 I).Kawasan rondaan yang diliputi seperti yang diluluskan oleh Ketua pengarah Rukun Tetangga.
Ahli Jawatan Kuasa PPR Kg. Muhibbah
AJK PPR Kg. Muhibbah
Alamat : Tingkat Bawah,
Block J, PPR Kg. Muhibbah,
Batu 6 ½ Jalan Puchong,
58200 Kuala Lumpur.
Pengerusi : Encik Nor Amanshah Bin Ismail
No. Telefon : 019 3100878
Pengerusi Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil PPR Kg. Muhhibbah
Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil PPR Kg. Muhhibbah
Alamat : J-00-01 Pusat Komuniti Muhibbah
Batu 6 ½ Jalan Puchong,
58200 Kuala Lumpur.
Pengerusi : Encik Mohd Zairi Bin Abd Hadi
No. Telefon : 017 2069177