Kelas Usahawan (Kursus Asas Kecantikan Dan Solekan)
20 November 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia (PI) PPR Kg Muhibbah telah bekerjasama dengan Pendandan dan Solekan daripada Agensi Mary Kay untuk menjayakan Program Usahawan Kursus Asas Kecantikan dan Solekan . Program ini berlangsung pada tarikh 19 November 2016. Program ini juga menjemput semua yang berminat untuk menambah pendapatan dengan modal yang kecil.
Para serta yang hadir seramai 30 orang terdiri daripada kaum wanita yang bekerjaya, suri rumah dan golongan yang menganggur. Program ini bertujuan untuk membantu peserta yang kurang berkemampuan untuk menambah pendapatan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: