Taklimat dan Demonstrasi Kebakaran Bersama Balai Bomba Jinjang
16 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniLatihan kebakaran dan keselamatan telah diadakan di perkarangan PPR Taman Beringin pada tarikh 15 Oktober 2022. Taklimat mengenai latihan kebakaran ini telah disampaikan oleh ahli bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Jinjang. Sesi latihan dimulakan dengan sedikit taklimat dan acara keselamatan di Dataran Blok B. Terdapat banyak ilmu pengetahuan yang dapat diambil terutamanya mengenai cara menyelamatkan diri ketika berada didalam kebakaran, jenis-jenis alat pemadam api dan cara penggunaannya.
Seterusnya, terdapat pertunjukan acara memadam api menggunakan air, pemadam api atau serbuk yang dilakukan oleh pegawai bomba yang bertugas. Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) setempat dan juga beberapa kakitangan PEDi yang lain turut sama-sama menjayakan program ini dengan melibatkan diri dalam program taklimat dan demonstrasi kebakaran. Kakitangan PEDi juga berpeluang untuk merasai pengalaman semasa menyaksikan acara memadamkan api, menggunakan hos air dan mempelajari alatan yang sesuai untuk memadamkan api yang berpunca daripada kayu, minyak petrol, getah atau alatan elektrik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: