Pendaftaran SSM
22 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPihak kerajaan telah memberi peruntukan geran di dalam program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) berkuatkuasa pada 4 Februari 2021. Skim ini berbentuk insentif percuma khusus diberikan kepada golongan Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Bagi usahawan yang memenuhi kriteria dan tergolong dalam kategori seperti yang dinyatakan, akan dikira layak serta boleh mendaftarkan perniagaan di dalam skim SPPP tanpa dikenakan sebarang bayaran. Bukan itu sahaja, khabar baik buat Usahawan Kumpulan B40 dan pelajar IPTA/IPTS yang belum mendaftarkan perniagaan di bawah skim ini juga berpeluang bertindak sedemikian kerana skim SPPP masih diteruskan buat masa ini sehingga pengumuman semasa diberitahu kelak.
Sehubungan dengan itu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kampung Muhibbah telah mengambil inisiatif mengadakan sesi Tutorial Pendaftaran Perniagaan Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bagi membantu usahawan tempatan yang mengusahakan perniagaan untuk mendaftarkan perniagaan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Komuniti yang terlibat semasa sesi tutorial dilaksanakan merupakan usahawan B40 dan diberikan tunjuk ajar daripada staf PEDi tentang cara penggunaan komputer untuk mendaftarkan perniagaan mereka menerusi dalam talian dengan melayari portal SSM ezbiz (https://ezbiz.ssm.com.my).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: