Pendaftaran Bantuan Awal Persekolahan
26 November 2022 | Aktiviti TerkiniBantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah. Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Sehubungan dengan itu, terdapat komuniti yang hadir ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kampung Muhibbah bagi mendapatkan bantuan untuk membuat pendaftaran dan kemaskini permohonan Bantuan Awal Persekolahan. Sesi pendaftaran Bantuan Awal Persekolahan ini juga diadakan bertujuan untuk membantu golongan kumpulan B40 dalam mendapatkan manfaat bagi tuntutan berkaitan Pembelian barangan sekolah. Komuniti yang hadir mempelajari kaedah mendaftar akaun untuk setiap anak mereka untuk mendaftar masuk setiap anak sekolah melalui portal sebagai ahli menerusi pautan (https://bantuanrakyat.my/bantuan-awal-persekolahan).
Seterusnya, komuniti mendapat tunjuk ajar daripada staf PEDi untuk membuat kemaskini dengan mengklik butang log masuk dan memilih bahagian kemaskini. Dengan itu juga ibu bapa boleh membuat pengemaskinian pada setiap anak seperti dari sekolah rendah ke menengah dan sebagainya. Selain daripada itu, sekolah juga akan berikan borang pendaftaran kepada ibu bapa melalui anak-anak atau fotokopi dari laman web yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: