Membuat Poster Menggunakan Microsoft Power Point
19 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai yang lalu, Pusat Internet PPR Kg Muhibbah telah mengadakan satu program mencipta poster menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint. Program ini diadakan selama 30 minit di bilik latihan yang terletak di Pusat Internet PPR Kg Muhibbah. Program ini dijalankan secara ketat dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang hanya membenarkan 5 orang peserta dalam satu masa. Peserta juga perlu memakan penutup muka dan juga suhu peserta direkod sebelum memasuki bilik latihan Pusat Internet PPR Kg Muhibbah.
Program ini melibatkan 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar yang tinggal di sekitar PPR Kg Muhibbah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang cara membuat poster menggunakan Microsoft Power Point. Selain itu, rata-rata peserta tidak mempunyai pengalaman menggunakan Microsoft Power Point. Justeru, dengan program ini peserta dapat mempelajari apa itu Microsoft Power Point dan cara menggunakannya.
Di awal program, pengajar telah menunjukkan tetapan yang ditetapkan untuk membuat poster. Untuk membuat poster terdapat spefikasi tetapan yang melibatkan saiz poster. Peserta perlu menghasilkan poster mengikut tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu Malaysiaku Prihatin. Peserta dapat mencurahkan idea dan kreativiti mereka di samping dapat mempelajari cara-cara menggunakan Microsoft Power Point. Di akhir aktiviti, pengajar mencetak dan memberikan kepada peserta hasil poster yang telah dibuat oleh peserta untuk dibawa pulang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: