Portable Document Format (PDF)
31 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 30 Disember yang lalu, Pusat Internet PPR Kg. Muhibbah telah mengadakan satu program atas talian iaitu sesi sharing Portable Document Format (PDF) . Disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri di semenanjung Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dilaksanakan selama dua bulan dan akan disambung lagi di beberapa tempat sehingga 14 Januari 2021. Oleh yang demikian Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah akan ditutup selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dijalankan.
Sehubungan dengan itu, Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah telah mengadakan program secara atas talian. Program ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah. Program ini dikenali sebagai Portable Document Format (PDF). Portable Document Format atau lebih dikenali sebagai PDF adalah sejenis format fail yang sering digunakan pada masa kini. Dengan adanya fail format ini, pengguna lebih senang untuk berkongsi fail sama ada melalui atas talian atau secara langsung dengan mudah. Hal ini kerana, fail format PDF ini tidak dapat diubah dan sekaligus dapat mengekalkan kandungan asal fail tersebut.
Program Portable Document Format (PDF) ini dikelolakan oleh staf Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah menerusi FB Live yang mana staf pusat internet akan menyampaikan beberapa info yang dapat memberi pengetahuan baharu mengenai fail format PDF ini. Antara intipati perkongsian tersebut ialah pengguna dapat mengetahui beberapa aplikasi yang menyediakan perkhidmatan berkenaan Portable Document Format (PDF) ini. Para penonton juga dapat menegetahui jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan di aplikasi tersebut. Para penonton FB Live Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah memperoleh banyak input yang berguna sepanjang program ini berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: