Promosi eKelas Maxis Bersama SMK Dharma
23 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet PPR Kg Muhibbah dengan kerjasama Maxis eKelas telah membuat lawatan dan taklimat kepada 100 pelajar SMK Dharma bagi menarik lebih ramai pelajar untuk menggunakan portal Maxis eKelas. Dalam masa yang sama para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara langsung boleh menghadirkan diri ke Pusat Internet mengikut jadual yang telah ditetapkan. Banyak pendaftaran baru dibuat pada hari tersebut dan portal akan digunakan sebagai salah satu medium pembelajaran secara digital.
SMK Dharma merupakan sekolah yang berdekatan dengan Pusat Internet PPR Kg Muhibbah dan para pelajar sekolah tersebut sebahagiannya merupakan penduduk di PPR Kg Muhibbah. Para pelajar eKelas yang aktif juga kebanyakkannya turut serta di dalam aktiviti yang dibuat oleh Maxis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: