Misi Raya Bersama eKelas & Decorasi Raya Pusat Internet
18 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniSempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, eKelas telah mengadakan cabaran misi bagi kesemua pelajar eKelas. Para pelajar dikehendaki untuk melakukan 3 misi iaitu secara berkumpulan, Individu dan Pusat Internet. Bagi misi bersama Pusat Internet semua para pelajar dikehendaki untuk menghias Pusat Internet bertemakan Hari Raya Aidilfitri dan perlu memuatnaik gambar hiasan di dalam Portal.
Para pelajar dilihat seronok bersama-sama menghias & mencari idea bagi hiasan tersebut. Aktiviti seperti ini adalah bagi mengisi masa lapang pelajar disebabkan sepanjang bulan Ramadhan kelas tutorial secara langsung telah berehat bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menjalankan ibadah puasa. Misi Raya bersama eKelas juga merupakan kali pertama diadakan bagi mencari kelainan bagi eKelas 2019.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: