Minggu Orentasi eKelas 2019
26 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniMinggu ke-2 eKelas Maxis 2019 merupakan minggu orentasi bagi setiap subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kepada kesemua pelajar eKelas seluruh Malaysia. Cikgu-cikgu berkenalan bersama para pelajar & sesi suai kenal dengan setiap pelajar di Pusat-pusat Internet yang terlibat. Para pelajar juga dikehendaki membuat kumpulan bagi melaksanakan tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan setiap minggu.
Para cikgu juga menjelaskan peringkat pembelajaran mereka bagi sepanjang eKelas dijalankan pada tahun 2019. Para pelajar perlu mengumpul merit markah bagi memenangi hadiah yang akan ditawarkan kepada pelajar yang menunjukan kecemerlangan dan menyiapkan tugasan berkumpulan. Para pelajar dilihat seronok dan teruja dengan eKelas pada kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: