Program Maxis eKelas Minggu ke-16
7 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Maxis eKelas telah memasuki minggu ke-16, pelbagai topik telah dipelajari oleh para pelajar dari Tahun 6 sehingga ke Tingkatan 5. Kelas tambahan secara percuma ini menjanjikan pembelajaran yang lebih menarik melalui pendidikan secara digital iaitu kelas secara langsung melalui video dan penggunaan portal eKelas Maxis. Bagi penggal ke-3 ini, para guru akan mengajar dan mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi.
Bagi subjek Matematik dan sains, para pelajar akan melakukan tugasan kumpulan dan eksperimen yang diarahkan oleh guru. Selepas selesai menyiapkan tugasan masing-masing para pelajar dikehendaki menghantar tugasan tersebut di dalam portal eKelas Maxis. Markah akan dikumpulkan bagi melayakkan pelajar yang aktif untuk menyertai kem cuti sekolah yang akan diadakan pada hujung tahun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: