Hari Komuniti Muhibbah
15 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2018 yang lalu telah diadakan Hari Pembangunan Komuniti, Karnival Sihat Perdana & Sukaneka Masyarakat Majmuk atau lebih dikenali dengan “Hari Komuniti Muhibbah”. Program ini adalah anjuran dari Komuniti PPR Kg Muhibbah. Pelbagai aktiviti dan pameran yang telah diadakan bagi memeriahkan Hari Komuniti Muhibbah dari pelbagai lapisan umur dan boleh disertai oleh semua penduduk di kawasan ini.
Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti pertandingan muhibbah, pameran kesihatan & pemeriksaan gigi secara percuma, booth pelan insuran Pru-Kasih, Pameran alatan bantuan menyelamat oleh Bomba, penyerahan sumbangan beras & cabutan bertuah. Dianggarkan seramai 300 pengunjung telah memeriahkan Hari Komuniti Muhibbah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: