Kelas Editing Menggunakan Power Point
11 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2016, Pusat Internet PPR Kg Muhibbah telah mengadakan Kelas Microsoft Power Point. Pada kelas kali ini, peserta didedahkan dengan pendendahan bagaimana untuk mengedit gambar menggunakan Microsoft Power Point. Bertempat bertempat di bilik latihan Pusat Internet PPR Kg Muhibbah program ini disertai oleh tujuh orang kanak-kanak yang masing-masing masih lagi bersekolah di sekolah rendah.
Pada asasnya, program ini bertujuan menyampaikan ilmu baru cara mengedit gambar menggunakan Microsoft Power Point dan mendidik para peserta berdedikasi terhadap tugasan yang diberi. Selain itu, tujuan program ini adalah melahirkan pengguna yang sentiasa celik terhadap teknologi masa kini dan juga memberikan pendedahan ICT kepada para peserta yang terlibat. Peserta yang terlibat melahirkan rasa sangat berpuas ati dengan kelas ini dengan ilmu baru yang diperolehi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: