Kelas Ict Publisher : Poster Dakwah Klik Dengan Bijak Tema 4 ( Permata Hatiku)
17 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Kg Muhibbah telah mengadakan satu Kelas ICT membuat poster yang menggunakan Microsoft Office Publisher. Sempena Tema untuk Poster Dakwah kali ini, para pelajar sekitar PI PPR Kg Muhibbah ditugaskan untuk membuat satu poster bertajuk PERLINDUNGAN KANAK-KANAK ATAS TALIAN. Kelas ini dihadiri oleh Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menegah yang telah menjadi ahli di PI .
Pelajar diajar cara untuk memasukkan gambar, menggunakan element word art dan mencari background yang sesuai. Gambar latar belakang diambil dari website google.com. Setelah siap mereka cipta poster, pelajar juga di ajar cara untuk menukar format poster kepada format bergambar (jpeg) dan semua poster yang telah siap akan dihantar ke laman web www.dakwahdigitalkdb.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: