Pengenalan Dan Pendaftaran Maxis Ekelas 2.0.
19 September 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia PPR Kg Muhibbah telah berkerjasama dengan Maxis untuk mengadakan Kelas Tambahan Atas Talian secara percuma. Kelas ini dijangka akan di jalankan pada tahun 2017. Pada tahun ini, Maxis Ekelas memberi pengenalan kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan iaitu pelajar Darjah 6 sehingga Tingkatan 3.
Bertarikh 18 September 2016, acara dimulakan pada pukul 2 petang. Maxis Ekelas ini telah menarik minat seramai 14 orang pelajar sekolah untuk mengikuti kelas ini. Mereka perlu membuat akaun gmail serta mendaftar di laman web surveymonkey untuk masuk kedalam senarai Kelas Tambahan Atas Talian Maxis Ekelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: