Kelas Intel Easy Step ( Pengenalan Kepada Komputer)
14 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 13 November lepas Kelas Intel Easy Step dimulakan dengan Kelas pengenalan kepada Komputer. Kealas ini dibahagi kepada 4 bahagian dan bermula pada pukul 10.00 pagi. Para peserta diperkenalkan dengan asas mengenai perkakasan (hardware) dan perisian (software) komputer. Peserta juga diajar cara menggunakan shortcut yang terdapat di keyboard.
Para peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur ini amat teruja dalam kelas yang pertama diadakan ini kerana Pusat Internet PPR Kg Muhibbah menggunakan perkakasan yang terbaru. Seperti mouse dan keyboard wireless. Mereka juga teruja melihat server rack yang sebelum ini hanya pernah melihat CPU. Kelas berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: