Tutorial Pendaftaran dan Kemaskini Akaun Bantuan (BKM)
26 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPihak kerajaan telah mengumumkan tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan (BKM) 2022 yang dibuka pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022. Sehubungan dengan itu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kampung Muhibbah telah menyediakan perkhidmatan fasiliti komputer dan internet beserta latihan Tutorial Pendaftaran dan Kemaskini Akaun Bantuan (BKM).
Tutorial ini juga bertujuan untuk membimbing komuniti terutama warga emas yang kurang mahir menggunakan komputer bagi membuat pendaftaran secara atas talian menerusi portal Bantuan (https://bkm.hasil.gov.my/). Bantuan (BKM) merupakan pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar yang diwujudkan pihak kerajaan untuk membantu isi rumah dan bujang B40, warga emas serta ibu bapa tunggal.
Komuniti yang hadir juga berpeluang mempelajari kaedah membuka akaun baharu di portal BKM terutama bagi pemohon yang tiada rekod permohonan dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, Bantuan Khas Covid (BKC) B40 dan Geran Khas Prihatin (GKP). Komuniti membuka akaun baharu sebagai pengguna portal BKM dengan melengkapkan butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan maklumat perbankan berserta kata laluan untuk mendaftar masuk akaun sebagai pengguna portal BKM.
Pendaftaran akaun baharu BKM yang berjaya akan menunjukkan paparan untuk mendaftar masuk semula akaun menggunakan ID pengguna serta kata laluan yang telah didaftarkan lalu pengguna boleh mengemaskini data peribadi dan menyemak status kelayakan setelah berjaya mendaftar masuk akaun BKM. Tambahan pula, komuniti mendapat serba sedikit pengetahuan melalui informasi yang disampaikan oleh kakitangan PEDi mengenai status kelayakan dan cara pembayaran BKM yang menggunakan transaksi dalam talian atau hadir ke kaunter bank setelah pembayaran bantuan tunai BKM dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak.
Akhir kata, semoga inisiatif kerajaan melalui pemberian bantuan tunai BKM ini dapat memberi manfaat terhadap golongan dengan pendapatan isi rumah RM5000 dan ke bawah atau RM2500 dan ke bawah untuk individu bujang serta warga emas yang tiada pasangan atau tiada anak. Hal ini bagi meringankan beban kewangan rakyat dalam mengharungi hari-hari yang sukar terutama semasa situasi ekonomi tidak menentu dan terjejas akibat pandemik Covid-19
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: