Cipta Akaun Gmail
30 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 Januari yang lalu, Pusat Internet PPR Kg. Muhibbah telah mengadakan satu program atas talian iaitu sesi sharing mencipta akaun Gmail . Disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan selama dua minggu dan akan disambung lagi sehingga 4 Februari 2021. Oleh yang demikian Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah akan beroperasi mengikut SOP yang dibenarkan selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dijalankan.
Sehubungan dengan itu, Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah telah mengadakan program secara atas talian. Program ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah. Program ini dikenali sebagai mencipta akaun Gmail. Untuk membuat akaun Gmail, pengguna perlu mendaftar akaun Google terlebih dahulu. Akaun Google menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan yang sangat membantu dalam kehidupan pengguna. Salah satu perkhidmatan yang disediakan ialah Gmail. Gmail merupakan salah satu aplikasi emel yang mana ia mempunyai simpanan cloudnya yang tersendiri. Pengguna perlu mencipta kata nama yang tidak boleh menyamai dengan kata nama yang lain. Gmail sangat membantu kerana ia merupakan platform yang sangat terkenal pada masa kini.
Program mencipta akaun Gmail ini dikelolakan oleh staf Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah menerusi FB Live yang mana staf pusat internet akan menyampaikan beberapa info yang dapat memberi pengetahuan baharu mengenai Gmail atau akaun Google ini. Antara intipati perkongsian tersebut ialah pengguna dapat mengetahui beberapa aplikasi yang menyediakan perkhidmatan email ini. Para penonton juga dapat menegetahui jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan di aplikasi tersebut. Para penonton juga dapat mengetahui langkah langkah yang diperlukan untuk mencipta akaun Gmail ini. Para penonton FB Live Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah memperoleh banyak input yang berguna sepanjang program ini berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: