Tutorial e-Dagang Lazada
24 November 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kampung Muhibbah telah mengadakan satu sesi Tutorial e-Dagang Lazada kepada usahawan komuniti setempat. Platform Lazada merupakan antara pusat beli-belah atas talian yang menawarkan pelbagai produk seperti makanan dan minuman, pakaian, produk kecantikan dan kesihatan, peralatan elektronik, perkakas rumah, peralatan sukan, barangan permainan kanak-kanak dan sebagainya yang boleh didapati hanya dihujung jari.
Tutorial ini diadakan bertujuan untuk membimbing usahawan tempatan berniaga secara dalam talian dengan memasarkan produk di platform digital berkonsepkan e-dagang seperti Lazada. Aktiviti tutorial dimulakan dengan pembukaan akaun baharu di platform Lazada Seller Center. Usahawan mendapat tunjuk ajar daripada staf PEDi untuk mewujudkan akaun baharu yang berdaftar sebagai penjual Lazada melalui penggunaan nama pengguna serta maklumat peribadi seperti emel dan nombor telefon. Setelah itu, akaun yang berjaya didaftarkan akan menerima kod 6 digit menerusi emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pihak Lazada bagi tujuan pengesahan identiti pemilik akaun.
Seterusnya, usahawan juga berpeluang mengembangkan perniagaan daripada perniagaan fizikal iaitu secara tradisional lalu dipertingkatkan dengan bersaing menerusi pemasaran digital bagi meluaskan pasaran pelanggan di platform e-dagang seperti Lazada. Bukan itu sahaja, usahawan yang terlibat sebagai penjual di Lazada juga dapat mengetahui teknik pemasaran untuk menarik perhatian pelanggan dengan tawaran yang disediakan oleh pihak Lazada semasa mengikuti kempen pemasaran secara bermusim seperti kempen jualan akhir tahun ‘Lazada 12.12’.
Akhir sekali, aktiviti tutorial kali ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada usahawan baharu atau sedia ada untuk menguasai kemahiran penggunaan teknologi di dalam pemasaran atas talian serta mampu menjana pendapatan dengan berniaga di pasaran e-dagang bagi meningkatkan sumber ekonomi dan memulihkan kedudukan kewangan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: