Tips AACCO – Kenal Pasti Maklumat Benar Atau Ditokok Tambah
22 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniDalam menuju arus pemodenan ini, boleh dikatakan hampir semua maklumat mudah diakses dan didapati di dunia digital. Namun, apa yang membimbangkan adalah kesahihan mengenai sesuatu berita yang diterima dan ditularkan semula sama ada benar atau palsu boleh mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan pengguna internet. Misalnya, seseorang individu yang aktif menggunakan media sosial menerima maklumat daripada ‘group sebelah’ atau erti kata lain maklumat yang diperoleh menerusi aplikasi laman sembang seperti WhatsApp Group, Telegram, Messenger dan seumpamanya tetapi meragui sesuatu khabar berita yang dikongsi itu serta kurang mengetahui mengenai cara untuk mengenal pasti dan menyemak kebenaran info yang diterima.
Jadi, berikut merupakan tips AACCO bagi menentukan sesuatu maklumat itu benar atau telah ditokok tambah:
- A (Accuracy) , Ketepatan - Apakah fakta yang anda dapat? Adakah maklumat tersebut berdasarkan pandangan peribadi atau pengalaman penulis sahaja atau bersumberkan kajian-kajian yang telah diiktiraf?
- A (Authority), Kewibawaan - Siapakah pengarang artikel atau berita tersebut? Adakah dia seorang yang berwibawa dan diterbitkan atau ditulis oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab? Atau individu yang tiada kaitan serta tiada latar belakang yang bersesuaian dengan berita yang ditulis?
- C (Currency), Tempoh masa - Kenal pasti tarikh berita atau sumber cerita tersebut diterbitkan. Kalau ianya ditulis 10 tahun lepas mungkin sudah tidak berapa relevan dan hendaklah disemak sumber berita sebelum berkongsi. Abaikan jika maklumat tersebut daripada ‘kawan kepada adik kepada adik dari group sebelah’ atau ‘anak saudara sepupu kepada pakcik jiran sebelah rumah’. Hal ini kerana kemungkinan besar maklumat itu tidak benar, atau jika benar sekalipun, mungkin sudah ada ditokok tambah yang menjadikannya sensasi. Yang sensasi dan viral itu tidak semestinya benar dan boleh dikatakan ada berita palsu adalah dari cerita atau berita lama yang disensasikan semula
- C (Coverage), Liputan - Apakah topik yang dbincangkan oleh sumber tersebut secara mandalam atau ringkas sahaja? Sekoranya agak ringkas, anda mungkin boleh mempertimbangkannya untuk mempercayai atau tidak
- O (Objective), Matlamat - Apakah objektif penulisan tersebut? Adakah maksud tersirat? Untuk menimbulkan panik? Viral? Naikkan pengikut di laman sosial atau menjadi jaguh papan kekunci? Jika tiada manfaat yang jelas, eloklah tidak dikongsi atau disebar berita tersebut
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: