Vaksin Covid-19
14 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPenyakit Covid-19 disebabkan oleh coronavirus yang disebut sebagai SARS-CoV-2. Jika anda dijangkiti dengan virus ini, gejala akan muncul dalam tempoh masa dua hingga 14 hari. Golongan yang berisiko apabila dijangkiti ialah kanak-kanak, warga emas berusia 60 tahun ke atas, pesakit dengan penyakit kronik, pesakit denan daya ketahanan badan yang rendah dan wanita hamil.
Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19 ini. Apabila semakin ramai mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk akan membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan keberangkalian jangkitan penyakit Covid-19. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak mendapat vaksinasi. Terdapat beberapa jenis vaksin yang akan digunakan di Malaysia antaranya ialah :-
- Vaksin Covid-19 mRNa keluaran Pfizer-BioNtech
- Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka
- Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac
- Vaksin Covid -19 recombinant viral vector keluaran CanSino
- Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: