Taklimat eKelas Maxis Tahun 2020
23 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2020, telah diadakan taklimat mengenai eKelas Maxis bagi tahun 2020 kepada pelajar sekitar Pusat Internet PPR Kg Muhibbah. Pada tahun 2020, Maxis eKelas membuka pendaftaran kepada pelajar-pelajar bermula dari Tahun 6 sehingga pelajar SPM tahun 2020. Pada tahun ini eKelas dijalankan 1 atau 2 kali kelas tutorial secara langsung pada setiap bulan. Pelajar seterusnya diwajibkan untuk berdaftar di dalam Portal eKelas Maxis bagi membolehkan mereka menyertai program ini.
Maxis eKelas tahun 2020 bakal menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai seperti pembelajaran secara langsung, aktiviti berkumpulan dan eksperimen, ujian penilaian dan Pertandingan Drama Bahasa Inggeris. Maxis menawarkan pelbagai hadiah menarik dan telah menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai kelas tambahan ini. Maxis eKelas menawarkan pembelajaran tambahan secara percuma kepada komuniti bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: