Quiz Kemerdekaan
23 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos yang lalu, Pusat Internet PPR Kg Muhibbah telah mengadakan satu program sempena bulan kemerdekaan Malaysia iaitu Quiz Kemerdekaan. Program ini diadakan selama 30 minit di bilik latihan yang terletak di Pusat Internet PPR Kg Muhibbah. Program ini dijalankan secara ketat dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang hanya membenarkan 5 orang peserta dalam satu masa. Peserta juga perlu memakan penutup muka dan juga suhu peserta direkod sebelum memasuki bilik latihan Pusat Internet PPR Kg Muhibbah.
Program ini melibatkan 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar yang tinggal di sekitar PPR Kg Muhibbah. Quiz Kemerdekaan ini dijalankan dengan menggunakan aplikasi KAHOOT!. Aplikasi ini sangat sesuai untuk golongan pelajar dan mudah untuk digunakan. Antara muka sistem ini juga sangat menarik justeru ia mampu menarik minat peserta sepanjang program dijalankan. Aplikasi KAHOOT! ini juga sangat sesuai bagi tujuan pembelajaran kerana aplikasi ini akan menyusun dan mengira jumlah soalan yang betul dan salah.
Program Quiz Kemerdekaan ini dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan negara. Selain itu, quiz ini juga mampu melihat sejauh mana pengetahuan peserta mengenai hal ehwal negara Malaysia. Di samping itu, peserta juga dapat menimba ilmu baru kerana aplikasi KAHOOT! ini akan memberitahu jawapan yang betul dan membaiki jawapan yang salah yang dimasukkan oleh peserta. Quiz Kemerdekaan ini juga dapat menarik minat peserta untuk mengetahui lebih banyak lagi perkara mengenai negara Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: