Perjumpaan Usahawan Tempatan PI PPR Kg Muhibbah
17 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2020, telah diadakan perjumpaan bersama usahawan-usahawan tempatan sekitar PI PPR Kg Muhibbah. Perjumpaan ini dibuat bagi menghargai para usahawan tempatan yang dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing di samping berkongsi ilmu keusahawan bersama-sama. Kebanyakkan usahawan di PPR Kg Muhibbah merupakan suri rumah dan mereka secara tidak langsung dapat membantu keluarga untuk mencari pendapatan sampingan.
Para usahawan di Pusat Internet PPR Kg Muhibbah diajar dan dibantu bagi meningkatkan pendapatan masing-masing disamping mendapatkan ilmu perniagaan. Perjumpaan seperti ini juga mengeratkan hubungan disamping berkongsi pengalaman dan tips masing-masing. Pusat Internet juga mendorong para usahawan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing dengan strategi perniagaan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: