Sebenarnya.My
26 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 25 November yang lalu, Pusat Internet PPR Kg. Muhibbah telah mengadakan satu program atas talian iaitu sesi Sharing Sebenarnya.My. Disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali negeri Perlis, Pahang dan Kelantan. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dilaksanakan selama 4 minggu bermula dari 9 November sehingga 6 Disember. Oleh yang demikian Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah akan ditutup selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dijalankan.
Sehubungan dengan itu, Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah telah mengadakan program secara atas talian. Program ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah. Program ini dikenali sebagai Sebenarnya.My. Sebenarnya.My adalah sebuah portal yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimana orang ramai boleh menyemak sama ada berita yang disebarkan menerusi pelbagai platform dalam talian seperti laman web, blog dan rangkaian sosial adalah benar. Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara dapat ditangani dengan berkesan.
Sesi sharing Sebenarnya.My ini dikelolakan oleh staf Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah menerusi FB Live yang mana staf pusat internet akan menyampaikan beberapa info yang disarankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Sebenarnya.My ini dapat diakses melalui beberapa cara. Rakyat Malaysia dapat mengakses dengan melawat portal rasmi Sebenarnya.My. Rakyat Malaysia juga dapat memuat turun aplikasi Sebenarnya.My ini dia APP STORE dan di GOOGLE PLAYSTORE. Selain itu mereka juga boleh mendapatkan maklumat dengan mengikuti channel Sebenarnya.My di Telegram. Jika terdapat sebarang maklumat mengenai maklumat palsu, rakyat Malaysia boleh memberi maklumat terbabit di bahagian ‘salur kepada kami’ dan pihak SKMM akan menyiasat maklumat terbabit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: