Klik Dengan Bijak
23 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 November yang lalu, Pusat Internet PPR Kg. Muhibbah telah mengadakan satu program atas talian iaitu program Klik Dengan Bijak. Disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali negeri Perlis, Pahang dan Kelantan. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dilaksanakan selama 4 minggu bermula dari 9 November sehingga 6 Disember. Oleh yang demikian Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah akan ditutup selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dijalankan.
Sehubungan dengan itu, Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah telah mengadakan program secara atas talian. Program ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah. Program ini dikenali sebagai Klik Dengan Bijak. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang membudayakan penggunaan Internet secara positif yang berteraskan tiga aspek utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet.
Program Klik Dengan Bijak ini dikelolakan oleh staf Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah menerusi FB Live yang mana staf pusat internet akan menyampaikan beberapa info yang disarankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Antara intipati perkongsian tersebut ialah kelebihan dan keburukan menggunakan beberapa medium komunikasi yang sangat terkenal pada masa ini iaitu laman sembang, laman rangkaian sosial, permainan atas talian dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan tentang cara untuk mengenalpasti buli siber dan cara-cara untuk mengatasinya. Para penonton FB Live Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Muhibbah memperoleh banyak input yang berguna sepanjang program ini berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: