Program Advokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Kuala Lumpur
8 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 7 Ogos 2019, hari rabu telah diadakan Program Advokasi bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Kuala Lumpur. Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet Kuala Lumpur & Selangor bersama MIV (Malaysia ICT Volunteer). Bersempena dengan minggu kokurikulum sekolah, Pusat Internet telah dipanggil untuk melaksanakan pelbagai program ICT yang menarik bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang yang melibatkan seramai 300 orang pelajar dan para guru.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti soalan-soalan kuiz, permainan race typing, puzzle dan sebagainya. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada para pelajar yang menyertai aktiviti yang dijalankan. Para pelajar turut diberikan kempen kesedaran di bawah MCMC melalui penyebaran flyers dan taklimat ringkas dari staf Pusat Internet. Kerjasama yang baik ini adalah diharapkan berterusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: