Rakaman Video Pembukaan Sesi eKelas Maxis 2019
12 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari 2019, hari Sabtu telah dijalankan rakaman video pembukaan bagi sesi eKelas Maxis 2019. Pusat Internet PPR Kg Muhibbah telah menyertai eKelas Maxis bermula tahun 2017 dan kini telah memasuki tahun ke-3 pada tahun 2019. Maxis telah memilih pelajar eKelas dari PI PPR Kg Muhibbah untuk ditemubual bagi mengekspresikan perasaan mereka sepanjang menyertai eKelas.
Antara pelajar yang telah terpilih untuk ditemubual adalah Adik Rayan Miiguel 14 tahun, Adik Anis Najiha 16 tahun & adik Atieya Shahrol 15 tahun. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang telah memasuki tahun ke-3 menyertai eKelas Maxis. Mereka telah banyak menyertai aktiviti & pertandingan yang telah dianjurkan oleh eKelas Maxis. Pada tahun 2019, Maxis telah meluaskan Pendidikan secara Digital kepada para pelajar berumur 12 hingga 17 tahun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: