Majlis Semarak Ramadhan / Sumbangan Khas & Pelancaran Dataran Pentas PPR Kg Muhibbah
5 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniSempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, komuniti di PPR Kg Muhibbah telah melaksanakan Majlis Semarak Ramadhan / Sumbangan Khas & Pelancaran Dataran Pentas PPR Kg Muhibbah. Sumbangan khas telah diserahkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan berbentuk bantuan beras & barangan keperluan dapur bagi menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba.
Selain itu, terdapat aktiviti lain yang diadakan seperti persembahan Silat Seni Warisan, persembahan Senam Tari, pemeriksaan mata secara percuma dan cabutan bertuah. Dianggarkan seramai 150 orang komuniti telah hadir untuk memeriahkan majlis. Di dalam majlis yang sama turut diadakan Perasmian Dataran Pentas PPR Kg Muhibbah yang baru siap dibina untuk kemudahan komuniti setempat. Dataran Pentas ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti & majlis yang berkaitan dengan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: