Program Bersama UiTM Shah Alam Siri III
7 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3-6 September 2019 telah diadakan Program Bersama UiTM Shah Alam Siri III di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Program yang telah berlangsung selama 4 hari itu berbula pada 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Dianggarkan seramai hamper 300 pelajar mengunjungi booth Pusat Internet yang dibuka di situ. Program ini merupakan program Hari Bertemu Pelanggan bagi Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam bersama pelajar pengambilan baru sesi tahun 2019/2020.
Kesemua Pusat Internet sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah menyertai program ini segara bergilir-gilir dan menjalankan aktiviti di booth yang telah disediakan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kuiz Klik Dengan Bijak, Pameran Printer 3D, edaran pamplet Pusat Internet dan penerangan serba sedikit mengenai kempen-kempen yang dilaksanakan di bawah MCMC. Program ini merupakan program kesinambungan untuk kali ke-3 yang telah dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: