Sesi Bergambar Pelajar eKelas Maxis
5 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 4 November 2019, telah diadakan sesi bergambar atau photoshoot bagi para pelajar PI PPR Kg Muhibbah dan PI PPR Pinggiran Bukit Jalil yang melibatkan seramai lebih 20 orang pelajar. Sesi bergambar ini telah diadakan bermula 9.00 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di PI PPR Kg Muhibbah. Sesi bergambar ini diadakan bagi menghasilkan gambar-gambar menarik untuk dijadikan iklan seterusnya mempromosikan eKelas kepada seluruh Malaysia dengan lebih meluas.
Pelajar yang menyertai sesi bergambar ini merupakan para pelajar eKelas yang telah lama bersama-sama dengan eKelas Maxis sejak dari tahun 2016 lagi. Maxis di dalam usaha untuk meningkatkan promosi berkenaan eKelas untuk menarik lebih ramai pelajar untuk menyertainya. eKelas Maxis merupakan eklas tambahan secara percuma kepada komuniti secara percuma bagi subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: