Edaran Poster Myfreeview oleh MIV PI PPR Kg Muhibbah
4 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 November 2019, telah diadakan edaran poster Myfreeview oleh Malaysian ICT Volunteer (MIV) PI PPR Kg Muhibbah di kawasan sekitar PPR Kg Muhibbah. Volunteer yang telah terpilih telah diberi taklimat mengenai MyTV dan Myfreeview berkenaan penutupan siaran analog dan peralihan kepada siaran digital Myfreeview. MIV kemudiannya perlu memberi input yang sama kepada komuniti setempat mereka untuk menyalurkan maklumat yang tepat bagi pihak MCMC.
MIV bergerak secara berkumpulan mahupun berseorangan dan mengedarkan risalah yang berkaitan kepada komuniti seperti di medan selera, surau, blok-blok kediaman, stesen LRT dan keluarga terdekat. Aktiviti seperti ini merupakan usaha kerajaan bagi memberikan kesedaran kepada komuniti berkenaan peralihan sistem penyiaran ke arah yang lebih baik dan berkualiti. Myfreeview memberikan imej dan audio yang lebih baik berbanding dengan siaran analog.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: