Majlis Mesra Aidilfitri Komuniti PPR Kg Muhibbah 1440H
30 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniMajlis Mesra Aidilfitri Komuniti PPR Kg Muhibbah 1440H telah selamat diadakan pada 29 Jun 2019 bermula pada 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari di Dataran Pentas PPR Kg Muhibbah Fasa 2. Majlis ini diadakan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019 bersama-sama komuniti dan pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang majlis ini berlangsung. Dianggarkan seramai 150 orang penduduk setempat telah hadir untuk memeriahkan majlis.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Tazkirah Syawal, persembahan seni silat, Persembahan senam tari, Karaoke terbuka, Jamuan Hari Raya, Kuiz dan cabutan bertuah beserta DJ khas yang dijemput bagi mengendalikan majlis. Di dalam majlis ini juga komuniti dilihat mengambil peluang meraikan hari raya Aidilfitri yang akan berakhir tidak lama lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: