Taklimat Malaysia ICT Volunteer MIV MyTV
6 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 Oktober 2019, telah diadakan taklimat berkenaan MyTV kepada volunteer yang telah terpilih dari Pusat Internet Desa Pandan, Pusat Internet Seri Alam dan Pusat Internet PPR Kg Muhibbah. Taklimat yang diberikan oleh pegawai dari MCMC kepada lebih kurang 15 orang volunteer yang telah terpilih. Taklimat diadakan di Pusat Internet Desa Pandan, Kuala Lumpur selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang.
MIV bagi program MyTV diberi penerangan mengenai penutupan siaran analog di Malaysia dan digantikan dengan siaran digital Myfreeview. MIV dikendaki untuk mendekati komuniti tempatan dengan mengadakan program dan memberikan penerangan berkenaan peralihan siaran ini. Bagi wilayah tengah, siaran analog telah ditutup secara rasmi pada 30 September 2019 yang lalu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: