Program Internet Use It Right Bersama SAM Paya Jaras, Sungai Buloh
18 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2019, hari rabu telah diadakan Program Internet? Use It Right!! Bersama Sekolah Agama Menengah Paya jaras, Sungai Buloh. Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet Kuala Lumpur dan Selangor bersama Guru ICT di sekolah berkenaan. Bersempena dengan program ICT sekolah, Pusat internet telah melaksanakan pelbagai program yang menarik bermula dari 9.00 pagi sehingga pukul 4.30 petang yang melibatkan seramai 900 pelajar dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah soalan-soalan kuiz, permainan race typing, puzzle dan word search dan sebagainya. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada para pelajar yang menyertai aktiviti yang diadakan. Pada sesi petang pula telah diadakan kelas ICT iaitu Kelas Menyunting Gambar menggunakan web Canva bersama 20 orang pelajar bagi kelab ICT sekolah berkenaan. Program ini telah berjalan lancar dan diharapkan hubungan baik bersama pihak sekolah untuk dilaksanakan program yang lain bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: