Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet
29 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 27 dan 28 Julai telah diadakan Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet bagi staf Pusat Internet Kuala Lumpur, Selangor dan Johor yang telah diadakan di Hotel Regency Kuala Lumpur. Program yang bermula seawal 8.00 pagi menyediakan modul bagi kursus Komunikasi berkesan kepada semua staf Pusat Internet. Modul ini mengajar staf untuk mengetahui cara yang berkesan untuk berkomunikasi semasa memberi latihan mahupun bersama komuniti setempat.
Bengkel latihan ini merupakan bengkel terakhir yang diadakan untuk staf Pusat Internet dari ISME Universiti Malaysia Kelantan. Pelbagai bengkel telah dilaksanakan bermula awal tahun 2017 kepada semua staf bagi mempertingkatkan kualiti kerja staf kepada komuniti setempat. DIsamping itu juga, ilmu yang dipelajari dapat diajar kepada komuniti dan latihan-latihan ICT seiring dengan matlamat Pusat Internet diadakan untuk membantu komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: