Penyampaian Hadiah Pemenang Drama Berbahasa Inggeris eKelas Maxis
3 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 2 November 2019, telah diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Drama Bahasa Inggeris anjuran eKelas Maxis. Pertandingan yang telah diadakan pada Mei 2019 yang lalu, Pusat Internet PPR Kg Muhibbah telah menghantar penyertaan sebanyak 3 kumpulan iaitu 2 kumpulan bagi Tingkatan 2 dan 1 kumpulan bagi Tingkatan 3.
1 Kumpulan Tingkatan 3 telah berjaya dinobatkan sebagai juara manakala 1 kumpulan dari Tingkatan 2 dinobatkan sebagai tempat ke 3. Disamping memenangi hadiah dan sijil penyertaan yang diberikan oleh eKelas Maxis, para pelajar yang menyertai pertandingan ini turut diberikan markah yang juga dikreditkan di dalam sistem pemarkahan di sekolah masing-masing. Pertandingan ini telah mengasah bakat pelajar untuk berlakon disamping meningkatkan penguasaan subjek Bahasa Inggeris mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: