Program eKelas Maxis Minggu Ke-19
28 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 dan 27 Julai 2019, eKelas Maxis telah memasuki minggu pembelajaran yang ke-19 pada tahun 2019. Para pelajar telah mengikuti pelbagai silibus masing-masing disamping menyiapkan aktiviti berkumpulan dan eksperimen masing-masing. Kelas tambahan secara percuma ini telah membantu komuniti setempat terutamanya kepada golongan yang kurang mampu untuk mengikuti kelas tambahan diluar sekolah.
Maxis telah melancarkan kelas tambahan secara percuma kepada komuniti PPR Kg Muhibbah bermula pada awal tahun 2017 dan sehingga kini masih diteruskan bagi membantu meningkatkan tahap pembelajaran bagi pelajar kawasan miskin bandar di PPR. Para pelajar dilihat seronok mengikuti pembelajaran yang diberi yang sebahagian mereka memanfaatkan kelas tambahan ini disamping memenangi pelbagai hadiah menarik dari Maxis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: