Program Maxis eKelas Minggu ke-26
13 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 dan 12 Oktober 2019, Program Maxis eKelas telah memasuki minggu ke 26 bagi tahun 2019. Para pelajar hadir bagi mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun 2019. Guru-guru eKelas telah memberikan tips-tips menjawab soalan dan mengulangkaji pembelajaran bagi silibus-silubus penting. Walaupun terdapat segelintir pelaja yang telah selesai dengan peperiksaan besar seperti UPSR, pelajar masih boleh menyertai eKelas dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.
Selain mengikuti pembelajaran secara langsung, para pelajar boleh mendapatkan nota-nota padat di dalam portal Maxis eKelas dan menjawab kuiz mengikut silibus masing-masing di dalam e-Learning. Diharapkan pembelajar para pelajar di dalam eKelas dapat membantu mereka untuk mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran seperti di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: