Program eKelas Maxis ke-15
30 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniProgram eKelas Maxis telah meneruskan kelas tambahan secara percuma bagi minggu ke 15. Para pelajar meneruskan pembelajaran dengan menggunakan Portal eKelas, Learning Port dan kelas secara langsung bersama guru disamping menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan dan menyiapkan eksperimen yang diberikan.
Pembelajaran secara digital dan percuma ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan pembelajaran pelajar di kawasan kurang berkemampuan. Kelas tambahan percuma ini dibuat bermula dari pelajar tahun 6 sehingga ke Tingkatan 5. Guru-guru turut memberi tips dan nota padat terutama kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM. Latihan di dalam learning port turut membantu pelajar dengan kuiz-kuiz menarik mengikut silibus pembelajaran masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: