Program eKelas Maxis ke-13
16 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniProgram eKelas Maxis telah memulakan minggu ke-13 dan permulaan bagi penggal ke-3 tahun 2019. Selepas bercuti panjang selama lebih kurang 6 minggu untuk sepanjang bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, kelas tambahan secara percuma oleh Maxis tampil untuk minggu pembelajaran secara digital dan pelbagai eksperimen untuk kesemua pelajarnya.
Pelajar juga dilihat seronok dengan aktiviti bersama guru dan kembali bertemu bersama rakan-rakan sebaya di dalam kelas yang sama. Para pelajar juga digalakkan melakukan ulang kaji di dalam portal eKelas yang dipenuhi dengan nota-nota padat dari guru dan kuiz-kuiz yang menarik mengikut silibus pembelajaran masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: