eKelas Maxis Sesi 2019 Bermula
18 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniBermula pada 17 Januari 2019 telahpun bermula sesi eKelas pada tahun 2019. eKelas pada kali ini akan menjalankan selama 3 hari setiap minggu berbanding 2 hari sahaja setiap minggu pada tahun sebelum ini. Hal ini disebabkan para pelajar berumur 12 tahun sehingga 17 tahun akan menyertai semua kelas yang akan dijalankan.
3 hari yang telah ditetapkan untuk dijalankan kelas tambahan secara digital ini adalah pada hari khamis, Jumaat dan Sabtu. Sesi eKelas pada sesi kali ini telah mendapat sambutan daripada pelajar sekitar PPR Kg Muhibbah. eKelas Maxis menjanjikan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan pembelajaran tambahan kepada kesemua pelajar pelajar yang menyertainya. Subjek yang ditawarkan adalah seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Kelas yang akan dijalankan adalah tutorial secara langsung dan eCikgu secara webinar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: