Maxis eKelas Minggu ke 10
21 April 2019 | Aktiviti TerkiniMaxis eKelas 2019 telah memasuki minggu ke 10. Pada minggu ini semua guru-guru telah menjalankan minggu ulangkaji untuk semua pelajar bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang akan dijalankan pada bulan May. Guru-guru mengupas topik-topik pembelajaran yang telah dipelajari sebelum ini dan para pelajar juga perlu menyiapkan tugasan seperti yang diminta oleh guru.
Di dalam minggu ini juga guru bersoal jawab bersama pelajar dan menjalankan kuiz dengan menggunakan web Learning Port. Kuiz-kuiz yang ada di dalam learning port mengikut silibus mata pelajaran setiap tingkatan. Para pelajar dilihat seronok menjawab soalan-soalan di dalam Learning Port dan mereka juga akan mengumpul markah untuk setiap soalan yang telah dijawab dan dikreditkan ke dalam Portal Maxis eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: