Majlis Anugerah Geran 2019 eKelas Maxis
28 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mac 2019 telah diadakan Majlis Anugerah Geran 2019 eKelas Maxis di Menara Maxis KLCC. Seramai 20 orang penerima anugerah telah hadir dari Pusat Internet seluruh Malaysia. Penerima anugerah merupakan pelajar eKelas yang telah menunjukkan peningkatan sekurang-kurangnya untuk 2 subjek bagi Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pelajar dari Pusat Internet PPR Kg Muhibbah telah dijemput bagi memeriahkan majlis dengan pelbagai aktiviti.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Maxis, Raja Tan Sri Dato Seri Arshad bin Raja Tun Uda dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Encik Al’ Ishsal Ishak sebagai menyampai anugerah geran kepada pelajar. Ibu bapa bagi penerima geran turut dijemput hadir bagi menyaksikan anak mereka dianugerahkan geran tersebut. Para Pelajar eKelas juga berpeluang untuk berjumpa guru-guru yang mengajar mereka semasa kelas secara langsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: