Minggu Ulangkaji Pelajaran Bersama eKelas Maxis
6 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniBulan Oktober merupakan bulan terakhir untuk para pelajar mengulangkaji pelajaran bersempena peperiksaan akhir tahun mereka pada hujung bulan Oktober. Maxis mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar pada minggu-minggu akhir supaya mereka lebih bersedia untuk menjawab peperiksaan akhir tahun terutamanya kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PT3.
Guru-guru ekelas banyak memberikan latihan untuk mengimbas kembali silibus-silibus yang yang lepas. Para pelajar turut melakukan aktiviti kumpulan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang para pelajar dan guru untuk berbincang. Semoga adik-adik dapat menjawab peperiksaan akhir tahun mereka dengan lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: