Program Pendidikan dan Usahawan Taylor Community & CIMB Islamic Bank
29 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 28 Mac 2018 yang lalu telah berlangsung Program Pendidikan Program Usahawan Taylor’s Community & CIMB Islamic Bank dengan kerjasama PI PPR Kg Muhibbah. Bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang, seramai 24 orang usahawan kecil sekitar PPR Kg Muhibbah telah hadir untuk menyediakan kertas cadangan perniagaan masing-masing.
Taylor’s Community bersama CIMB Islamic Bank telah membantu usahawan tempatan untuk mendapatkan bantuan peralatan dan geran untuk meningkatkan mutu perniagaan mereka. Usaha ini juga adalah sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan taraf kehidupan penduduk PPR supaya dapat menjana pendapatan seiring dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: