Kelas Penjagaan Muka oleh Produk Elysyle
17 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2018 yang lalu telah berlangsung Kelas Penjagaan Muka oleh produk Elysyle di PI PPR Kg Muhibbah. Seramai 11 orang peserta wanita dari sekitar kawasan PPR Kg Muhibbah menyertai kelas ini. Kelas telah bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang dan diajar oleh 4 orang tenaga pengajar dari Elysyle.
Kelas Penjagaan Muka ini dijalankan bagi memberi input dan ilmu tentang cara penjagaan kulit dengan lebih teratur dan menggunakan produk yang betul mengikut jenis kulit muka. Kelas seperti ini dapat membina keyakinan diri peserta untuk tambil lebih bergaya dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: