Bengkel Digital Marketing
15 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada hari Ahad, 14 Oktober 2018 telah diadakan Bengkel Digital Marketing oleh Encik Wan Mohd Farhan Wan Nawawi selaku tenaga pengajar bagi bengkel kali ini. Bengkel yang telah dijalankan bermula dari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang telah disertai oleh 10 orang usahawan penduduk sekitar PPR Kg digital. Bengkel ini merupakan bengkel untuk melatih para usahawan untuk meluaskan promosi perniagaan masing-masing menggunakan media digital iaitu melalui media sosial dan internet.
Antara modul-modul yang diajar di dalam bengkel ini seperti penggunaan media sosial seperti facebook, Instagram, emel dan sebagainya. Para usahawan diajar untuk bijak menggunakan media sosial dan internet untuk memperluaskan perniagaan mereka dan dikenali ramai dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: