Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Interent Wilayah Tengah 2018
3 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 - 2 Disember 2018 telah diadakan Bengkel Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet Wilayah Tengah 2018 bertempat di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highland. Bengkel ini telah disertai oleh 32 orang wakil-wakil Kluster dari Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur. MCMC telah melatih dan memberi penerangan kepada Pengurus-Pengurus berkaitan advokasi baru & langkah-langkah pencegahan terhadap masalah siber kini yang semakin membimbangkan.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti teambuilding, Latihan Dalam Kumpulan, kuiz, dan lain-lain. Antara modul yang dibincangkan seperti Mengurus Jejak Digital Anda, Klik Dengan Bijak, Mengenal Pasti Muslihat & Penipuan di Internet. Para Pengurus diberi pelbagai input berkenaan permasalah siber dan langkah-langkah mencegah dengan memberi taklimat kepada komuniti masing-masing untuk mengurangkan pelbagai gejala negatif berkenaan internet dan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: